Cari @ Amanz

Acer Predator X34S Tertiris – Paparan Gaming Ultra-Lebar Dengan Lengkungan 1900R Dan DisplayHDR400

Oleh Nazrin

Link Copied!

Dengan ketibaan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 dan AMD Radeon RX 6000 yang menjanjikan pengalaman gaming pada resolusi tinggi, sudah tiba juga masanya untuk pengguna menaiktarafkan paparan sedia-ada mereka.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa Acer bakal melancarkan paparan skrin gaming ultra-lebar terbaru mereka yang dinamakan Acer Predator X34S.

Seperti yang tertera pada namanya, ia adalah sebuah paparan Nano-IPS bersaiz 34 inci dengan resolusi 3440×1440 yang mempunyai lengkungan 1900R dan kadar segar semula 200Hz.

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA G-SYNC dan juga HDR400 untuk mereka yang gemar menonton filem dan siri televisyen yang menyokongnya.

Dari segi pilihan palam. paparan Predator X34S ini hadir dengan dua palam DisplayPort dan juga palam HDMI 2.0. Sayangnya ia tidak mempunyai palam HDMI 2.1 yang akan digunakan oleh konsol-konsol permainan akan datang.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah paparan skrin ini akan tiba, tetapi di kedai atas-talian Taobao, paparan ini mempunyai tanda harga 9999 yuan.


Komen ()