Realme Hadir Dengan Berus Gigi Pintar Pada Harga RM199, Penimbang Pintar Pada Harga RM149

Realme Hadir Dengan Berus Gigi Pintar Pada Harga RM199, Penimbang Pintar Pada Harga RM149

Diterbitkan pada Okt 5, 2020 oleh .

Realme hari ini telah mengadakan sebuah acara khas, memperkenalkan beberapa peranti yang memfokuskan kepada penjagaan dan gaya hidup.

Dua peranti baru yang diperkenalkan adalah berus gigi pintar dinamakan M1 Sonic Electric Toothbrush, dan juga penimbang pintar dinamakan Smart Scale.

M1 Sonic Electric Toothbrush merupakan berus gigi pintar yang hadir dengan ketahanan bateri sehingga 90 hari, selain sokongan pengecasan nirwayar.

Realme Smart Scale pula penimbang pintar yang turut hadir dengan sokongan memantau 16 variasi penilaian berkaitan kesihatan.

Berus gigi pintar Realme boleh didapati pada harga RM199 bermula 10 Oktober ini, sementara Realme Smart Scale pula ditawarkan pada harga RM149, tetapi dengan harga jualan RM99 hanya pada 10 Oktober ini.



TIPS & ULASAN