Kajian Terkini Mengesahkan Menulis Dengan Tangan Adalah Lebih Baik Untuk Pembelajaran Berbanding Menaip

Kajian Terkini Mengesahkan Menulis Dengan Tangan Adalah Lebih Baik Untuk Pembelajaran Berbanding Menaip

Diterbitkan pada Okt 5, 2020 oleh .

Menjadi ibu bapa moden adalah agak sukar kerana terdapat pelbagai pendapat mengenai impak negatif membenarkan anak kecil menggunakan peranti pintar. Ramai pakar pediatrik idak menyarankan penggunaannya untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun. Penggunaan yang terhad juga disarankan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tetapi apakah impaknya terhadap pembelajaran? Jawapannya kini diketahui menerusi kajian yang dilakukan di Norway.

Menurut kajian Professor Audrey van der Meer dari Norwegian University of Science and Technology, otak adalah lebih aktif apabila pelajar menulis menggunakan tangan berbanding menaip di dalam kelas. Kajian dilakukan ke atas 12 orang dewasa dan 12 kanak-kanak yang menggunakan alat ECG gelombang otak.

ECG otak – NTNU/Microsoft

Apabila data dikumpul, otak pelajar yang menulis adalah lebih aktif kerana simulasi motor sensori mengesan sentuhan jari pada pena, tekanan pena pada permukaan kertas, melihat abjad yang ditulis dan bunyi yang dihasilkan. Kerana otak yang lebih aktif, proses mengingati akan menjadi lebih mudah berbanding menaip.

Keputusan ini pastinya mendatangkan impak ke atas teknik pembelajaran di kelas kerana Norway ialah antara negara yang mula berpindah kepada pengajaran digital sepenuhnya. Dengan pembelajaran atas talian masih diteruskan kerana Covid-19, pelajar perlu cakna bahawa menaip pada skrin akan mengurangkan keberkesanan sesi kuliah mereka.



TIPS & ULASAN