Carian
Poco C3 Sokong Kamera Utama 13MP, 4GB RAM & Bateri 5000mAh
October 5, 2020 Amy Maizuraa

Poco C3 telah disahkan hadir pada 6 Oktober ini dan acara pelancaran dijadualkan akan berlangsung di India. Dalam perkembangan terkini, satu demi satu spesifikasi utama padanya mula dikongsi menerusi laman Flipkart.

Memetik laman tersebut, Poco C3 dikatakan menggunakan tiga kamera di belakang dengan lensa utama sebesar 13-Megapixel. Ia kemudiannya turut dipercayai hadir dengan sokongan memori sehingga 4GB RAM dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Panel hadapannya pula dilengkapi paparan jenis bertakuk kecil dengan saiz yang besar bersama resolusi HD+. Laman tersebut turut mengacah bahawa Poco C3 bakal hadir dengan prestasi yang baik untuk permua. Namun begitu, cip pemproses yang akan digunakan olehnya masih belum diketahui buat masa ini.

Desas-desus ada mengatakan bahawa peranti ini adalah Redmi 9C yang dijenamakan semula. Sekiranya benar seperti apa yang dikatakan ini, rasanya kita sudah boleh menjangkakan apa yang mungkin bakal dibawa oleh peranti ini kelak.

Komen