Cari @ Amanz

Pengitaran-semula peranti-peranti lama ialah satu cara untuk pelbagai syarikat memastikan ekosistem alam sekitar tidak terlalu terjejas akibat kegiatan pelombongan bahan-bahan yang diperlukan untuk membangunkan peranti-peranti baru.

Apple baru-baru ini telah menyaman sebuah syarikat, iaitu GEEP Canada kerana menjual peranti-peranti yang dihantar kepada mereka, dan bukan mengitar semula komponen-komponen didalamnya seperti yang dijanjikan.

Selepas sebuah audit yang dijalankan oleh pihak Apple, mereka mendapati bahawa sekitar 18 peratus daripada 500,000 peranti didapati masih lagi digunakan didalam pasaran, walaupun ia sepatutnya dihantar untuk dikitar semula.

GEEP Canada telah mengakui bahawa syarikat tersebut menjual peranti-peranti tersebut, tetapi juga mengatakan bahawa peranti tersebut dijual oleh pekerja mereka, dan ia tidak menguntungkan syarikat.

Apple kemudiannya mendapati bahawa “pekerja-pekerja” yang dikatakan ialah eksekutif kanan syarikat tersebut. Oleh kerana ini, Apple dikatakan telah menyaman GEEP Canada untuk CAD$31 juta (~RM97 juta) kerana melanggar perjanjian diantara kedua-dua syarikat tersebut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd