Maybank Melancarkan EzyQ – Cara Mudah Melakukan Temu Janji Dengan Bank

Maybank Melancarkan EzyQ – Cara Mudah Melakukan Temu Janji Dengan Bank

Diterbitkan pada Okt 5, 2020 oleh .

Keresahan akibat Covid-19 menyebabkan proses melakukan perkara mudah seperti lawatan ke bank menjadi sedikit rumit kerana pelbagai prosedur yang perlu dipatuhi. Kerana kekangan kapasiti, sukar melakukan anggaran masa melakukan urusan di bank. Tetapi hari ini Maybank telah melancarkan EzyQ untuk melancarkan proses temu janji.

Pelanggan boleh menetapkan hari dan waktu yang diingini untuk melakukan temu janji dengan wakil bank mereka menerusi aplikasi Maybank2U. Antara transaksi yang boleh dilakukan menerusi temu janji EzyQ ialah membuka akaun, pertanyaan mengenai kad debit dan pertanyaan mengenai produk. EzyQ boleh diakses terus dari laman Maybank2U sahaja pada waktu ini dan tidak menerusi aplikasi.

Selain mengurangkan risiko jangkitan Covid di kalangan pelanggan, EzyQ akan membantu juga mengurangkan tempoh menunggu keran slot pertemuan dengan wakil bank telahpun ditempah terlebih dahulu.

Layari laman EzyQ untuk melakukan temu janji dengan bank



TIPS & ULASAN