Mi 10T Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Snapdragon 865, Skrin 144Hz, Kamera 108MP Pada Harga RM1,999

Mi 10T Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Snapdragon 865, Skrin 144Hz, Kamera 108MP Pada Harga RM1,999

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

Hari ini Xiaomi telah melancarkan peranti mercu terbaru siri Mi 10, iaitu Mi 10T Pro di Malaysia. Ia adalah pengganti kepada Mi 9T Pro tahun lepas, menggunakan rekaan tersendiri. Peranti ini memfokuskan kepada keseimbangan dari skrin, prestasi dan juga kamera.

Harga jualan tempatan adalah RM1,999 untuk Mi 10T Pro 8/256 GB. Bagi pembeli terawal, Xiaomi menawarkan 300 unit Mi True Wireless Earphones 2, 4000 kad tambah nilai Netflix, setiap pembeli ke 10 (10. 20, 30 dan seterusnya) akan menerima Mi TV 55′ dan pembeli yang memberi respon positif di turut akan menerima MI TV ini, tetapi terhad kepada 7 unit.

Mi 10T Pro menggunakan skrin LCD bersaiz 6.67-inci, FHD+, menyokong paparan HDR10+ serta mempunyai sokongan kadar segar semula 144Hz. Dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865 sahaja, bukannya Snapdragon 865+ dan dipadankan dengan memori 8GB RAM LPDDR5 serta storan dalaman 128GB UFS 3.1 untuk Mi 10T dan pilihan storan sehingga 256GB untuk Mi 10T Pro.

Untuk kamera pula, ia menggunakan kamera utama 108+13+5 Megapixel dan kamera swafoto 20 Megapixel. Pembesar suara adalah jenis stereo dengan pengiktirafan Hi-Fi, bateri 5000mAh dengan sistem pengecasan pantas 33W yang pengecasnya disediakan dalam kotak. Rangkaian 5G turut ada, kekal dengan sensor infra merah, serta tiada port bicu audio 3.5mm.



TIPS & ULASAN