Facebook Akan Menamatkan Sokongan Notes Pada 31 Oktober

Facebook Akan Menamatkan Sokongan Notes Pada 31 Oktober

Diterbitkan pada Okt 5, 2020 oleh .

Facebook kini telah mula memaparkan notifikasi pada bahagian “Notes”, mengatakan ciri berkenaan akan ditamatkan pada 31 Oktober 2020 ini.

Menurut Facebook, nota yang telah diterbitkan akan terus kekal pada garis masa, sementara yang masih belum diterbitkan atau dalam draf akan dipadam selepas tarikh berkenaan.

Sebelum ini, Facebook telah menawarkan ciri Notes dalam memudahkan pengguna berkongsi perkongsian yang panjang – dan berfungsi seumpama sebuah blog pada laman sosial berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih aktif menggunakan ciri Notes pada Facebook?



TIPS & ULASAN