Yoodo Tawar 2GB Percuma Disebabkan Masalah Teknikal Rangkaian Semalam
October 5, 2020
Telekomunikasi
Aman
Yoodo kini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan 2GB data kepada semua pengguna aktif mereka, dan ia akan dikreditkan ke akaun anda bermula 6 Oktober 2020 ini.
Data sebanyak 2GB ini boleh digunakan pengguna Yoodo sehingga tempoh tamat pelan semasa mereka.

Yoodo menawarkan data percuma ini disebabkan oleh masalah telekomunikasi yang dihadapi sejak pukul 3 petang sehingga 6 petang semalam, membuatkan pengguna tidak boleh melakukan panggilan telefon atau mengakses data.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.