Cari @ Amanz

Kehidupan perlu diteruskan walaupun hari ini 432 kes baharu Covid-19 dilaporkan. Ia adalah jumlah kes tertinggi dilaporkan dalam masa sehari sejak wabak menyerang populasi negara. Oleh sebab itu sejak pengenalan PKP, ramai berpindah ke pembelian atas talian yang dilihat lebih selamat,

Menurut laporan iPrice yang diterbitkan hari, masa penghantaran bungkusan di Malaysia adalah yang paling terjejas teruk di Asia Tenggara. Sebelum pandemik masa purata penghantaran ialah 2.1 hari tetapi melonjak ke 4.6 hari. Ia ini bersamaan peningkatan waktu menunggu 119% oleh pelanggan.

Thailand yang paling kurang terjejas dengan masa penghantaran meningkat ke 2 hari berbanding 1.8 hari sebelum Covid-19. Namun begitu negara dengan masa penghantaran paling pantas ialah Singapura iaitu 1.5 hari sekarang berbanding 1.3 hari sebelum wabak.

Di Malaysia pesanan untuk pelitup muka meningkat 648% manakala di Thailand pula ia meningkat jauh lebih tinggi 3114%. Statistik paling menarik ialah di Indonesia jualan atas dalam Indomie meningkat 159%. Bagaimana dengan anda? Adakah benar tempoh penghantaran bungkusan terjejas sejak wabak bermula?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd