Cari @ Amanz

Tiga peranti boleh-pakai Fitbit di dalam era Google telah mula dipasarkan di Malaysia semalam. Fitbit Sense dan Inspire 2 adalah dua peranti yang menyasarkan dua kelas pengguna berbeza pada dua harga yang menarik.

Fitbit Sense ialah jam tangan premium dengan pelbagai sensor penjejak kesihatan yang menarik kerana dilengkapi ciri ECG (Electrocardiogram) dan EDA (Electrodermal Activity). Ia turut mempunyai ketahana bateri sehingga 6 hari dengan sekali caj. Di Malaysia Fitbit sense ditawarkan pada harga RM1498 seutas

Fitbit Inspire 2 pula ialah penjejak kesihatan bagi mereka yang hanya ingin mendapatkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti riadah dan sukan yang asas. Sensor yang disertakan ialah pengimbas nadi. Dengan sekali caj ia mampu beroperasi sehingga 10 hari. Oleh kerana spesifikasinya yang lebih rendah, Inspire 2 ditawarkan pada harga RM498 seutas.

Pasti anda di kalangan anda yang menantikan Fitbit Versa 3. Menurut Fitbit jam tangan pintar ini hanya akan memasuki pasaran tempatan pada bulan November. Sebulan lewat berbanding pengumuman asal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd