Cari @ Amanz

Cip mercu dari Qualcomm seterusnya dipercayai akan menggunakan nama Snapdragon 875. Saban tahun cip mercu akan diumumkan oleh Qualcomm dalam acara Qualcomm Tech Summit yang berlangsung di Hawaii. Kerana Covid-19 acara ini akan dilakukan secara atas talian sahaja iaitu pada 1-2 Disember 2020.

Ini disahkan sendiri oleh Qualcomm menerusi jemputan yang mula diterima wakil media di seluruh dunia. Snapdragon 875 amat dinantikan kerana ia akan menjadi cip 5nm pertama mereka yang akan menentang Apple A14. Turut mungkin dilancarkan ialah kemas kini kepada Snapdragon 765G yang kini menjadi cip kelas pertengahan premium pilihan dengan sokongan 5G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd