Carian
Kamera Utama Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G Rangkul 121 Mata Dalam DxoMark
October 6, 2020 Amy Maizuraa


DxoMark dilihat mengemas kini laman webnya dengan laporan terbaru untuk kamera utama Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G pula. Peranti ini dilihat berjaya menerima markah keseluruhan 121 mata yang meletakkannya di tangga kelapan peranti dengan kemampuan kamera terbaik.

Skor yang dicatatkan ini juga dilihat setanding dengan Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition dan Huawei Mate 30 Pro. Melaluinya, Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G berjaya mencatatkan 130 mata untuk kemampuan fotografi fan 101 pula untuk kemampuan video.

Pujian diberikan kepada kemampuan kamera menghasilkan gambar yang jelas bersama butiran imej dan warna yang baik, pendedahan yang tepat dengan sistem imbangan putih seimbang untuk mod ultra-lebar dan kemampuan zum dengan hasil yang baik. Kritikan pula diberikan pada permasalahan hingar yang ketara terutamanya pada pencahayaan yang rendah dan dan kemampuan sistem autofokus tidak tepat dalam beberapa keadaan tertentu.

Komen