Carian
Spotify Kini Menyokong Pencarian Lagu Berdasarkan Lirik
October 6, 2020 Effi Saharudin

Adalah normal untuk mengetahui lirik sesebuah lagu tetapi tidak mengingati tajuk sebenar lagu. Contoh terbaik ialah lagu Dreams oleh Fleetwood Mac yang sedang tular sekarang yang ramai memanggilnya sebagai lagu “thunder only happens when it’s raining” kerana ini ialah bahagian korus yang diketahui ramai. Spotify hari ini mengaktifkan pencarian lagu berasaskan lirik pada aplikasi Android dan iOS.

Pengguna hanya perlu pergi ke kotak carian dan menaip lirik lagu yang ingin dicari. Aplikasi akan memberikan saranan lagu berdasarkan padanan lirik. Dalam ujian kami pencarian lirik lagu Melayu dapat dilakukan walaupun tidak kerap tepat. Pencarian lagu Inggeris adalah jauh lebih tepat. Untuk menggunakan ciri ini anda hanya perlu menggunakan versi terkini Spotify. Selamat mencari lagu berdasarkan lirik hari ini.

Komen