Cari @ Amanz

Dua tahun yang lalu, SK Hynix telah mula memperkenalkan cip memori DDR5 pertama di dunia. Kini, Cip-cip memori tersebut telah mula dibangunkan secara komersil.

SK Hynix sebelum ini telah membangunkan cip 16Gb, dan kini ia telah siap dibangunkan dan dihantar kepada syarikat-syarikat pembangun cip seperti Intel untuk diuji. Jumlah memori yang dapat dilihat pada sebatang RAM DDR5 ini ialah 32GB dan 64GB.

Dari segi spesifikasi, memori DDR5 ini hadir dengan kelajuan 4800 ke 5600 Mbps dimana ia adalah hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding dengan format memori kini, DDR4.

Menurut SK Hynix, memori DDR5 ini akan digunakan untuk pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan juga dataraya (Big Data) pada fasa awal pengeluarannya.

Ia dijangka bahawa permintaan untuk memori DDR5 ini akan mula meningkat pada tahun hadapan, apabila pembangun-pembangun cip dan peranti akan mula menyokong format memori terbaru ini, khususnya untuk pasaran komputer desktop dan komputer riba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd