Sebelum ini Facebook mengumumkan geran bernilai $100 juta kepada perniagaan kecil yang terjejas akibat Covid-19. Di Malaysia Facebook kini membuka permohonan geran bernilai RM 3.2 juta untuk 300 perniagaan kecil bermula hari ini hingga 12 Oktober 2020.
Syarat kelayakan ialah mempunyai 2-50 pekerja, sudah berniaga lebih setahun, mengalami kesukaran akibat wabak Covid-19, berdaftar dengan SSM dan berada di lokasi berhampiran ibu pejabat Facebook Malaysia. Mereka yang berjaya akan menerima geran sebanyak RM9400 – RM5900 dalam bentuk tunai dan RM3500 dalam bentuk kredit pengiklanan.
Syarikat yang ingin memohon tidak perlu mempunyai akaun Facebook untuk memohon. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke pautan di bawah.