Kingston Memperkenalkan Storan USB DataTraveler 70 Dan 80 Baru Di Pasaran Malaysia

Kingston Memperkenalkan Storan USB DataTraveler 70 Dan 80 Baru Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

Sejak ia mula diperkenalkan sekitar dua dekad yang lalu, pemacu USB merupakan storan digital mudah-alih yang boleh dibawa kemana-mana dan memudahkan perkongsian fail diantara pengguna.

Kington, jenama yang cukup terkenal untuk peranti dan komponen storan mereka baru-baru ini telah mengumumkan ketibaan siri storan terbaru mereka, iaitu Kingston DataTraveler 70 dan Kingston DataTraveler 80 untuk pasaran tempatan.

Bermula dengan Kingston DataTraveler 70, ia adalah sebuah storan USB padat yang menyokong format USB 3.2 gen 1 Type-C dengan kepantasan pembacaan data sepantas 5Gb/s (~500-600MB/s). Ia juga hadir dengan pilihan storan 32GB sehingga 128GB.

Kingston DataTraveler 80 pula ialah untuk mereka yang memerlukan jumlah storan yang lebih banyak dari biasa dalam rekaan yang sama padat. Storan ini juga hadir dengan palam USB 3.2 Type-C dengan kelajuan penghantaran data 5Gbps dengan jumlah storan 32GB sehinggalah 256GB.

Kesemua storan-storan USB ini sudah boleh mula dibeli di pelbagai kedai atas-talian Lazada bermula sekarang, pada harga-harga berikut:



TIPS & ULASAN