Sebelum ini kedengaran ura-ura Galaxy S21 akan menjadi peranti pertama Samsung yang akan dilengkapi kamera swafoto di sebalik skrin. Tetapi nampaknya ciri ini masih belum cukup matang untuk S21.

Ini adalah menurut laporan Sammobile. Teknologi kamera di sebalik skrin yang digunakan pada peranti prototaip tidak memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Samsung. Oleh sebab itu S21 besar kemungkinan akan menggunakan semula teknologi lubang kamera yang diperkenalkan pada Galaxy A8s pada tahun 2018.Kerana sistem kamera sebalik skrin ini masih belum cukup sedia, ia bakal diperkenalkan pada Galaxy Z Fold3 kelak.
Berita ini adalah sedikit mengecewakan kerana ZTE Axon 20 5G tidak mempunyai masalah menggunakan kamera sebalik skrin. Malahan Xiaomi telah menunjukkan beberapa prototaip dengan jayanya walaupun Samsung adalah antara pengeluar terawal mempatenkan rekaan ini.