John McAfee Ditahan Di Sepanyol, Akan Dihantar Ke Amerika Syarikat Untuk Dihadapkan Ke Mahkamah

John McAfee Ditahan Di Sepanyol, Akan Dihantar Ke Amerika Syarikat Untuk Dihadapkan Ke Mahkamah

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

John McAfee dikenali orang ramai sebagai pengasas syarikat perisian sekuriti komputer dan antivirus McAfee. Sejak beberapa tahun lalu, John McAfee telah diburu oleh kerajaan Amerika Syarikat dan telah melarikan diri ke negara-negara yang tidak boleh dijejaki oleh mereka.

John McAfee sebelum ini dilaporkan telah bukan sahaja telah mengelak membayar cukai pendapatan, tetapi juga membayar seorang pembunuh upahan untuk membunuh jirannya.

Sejak itu, beliau telah melarikan diri ke negara-negara seperti Dominican Republic yang tiada perjanjian ekstridisi bersama-sama dengan kerajaan Amerika Syarikat.

Walaupun begitu, baru-baru ini John McAfee telah didapati bersalah terhadap tuduhan mengelak membayar cukai, dan telah ditangkap di Sepanyol, dimana ia akan dihantar ke Amerika Syarikat untuk menghadap mahkamah.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara untuk 5 tahun untuk setiap pertuduhan mengelak pembayaran cukai yang dikenakan keatasnya.



TIPS & ULASAN