Isu Pengeluaran Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 Dijangka Berlarutan Sehingga 2021

Isu Pengeluaran Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 Dijangka Berlarutan Sehingga 2021

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

Pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 yang terdiri daripada model GeForce RTX 3090 dan GeForce RTX 3080 boleh dikatakan sangat berjaya sehinggakan stok untuk kad-kad grafik tersebut dilaporkan akan sukar didapati sehingga tahun hadapan.

Jensen Huang, CEO NVIDIA mengatakan bahawa permintaan untuk kad-kad grafik tersebut akan melangkaui bekalan kad-kad grafik ini sehingga tahun hadapan.

NVIDIA menghadapi masalah bekalan kad grafik sejak hari pertama kad-kad grafik ini dilancarkan kerana jumlah orang dan bot-bot atas talian yang membelinya.

Jensen mengatakan kedua-dua kad grafik ini, bersama-sama dengan NVIDIA GeForce RTX 3070 dijangka akan dijual dengan sangat banyak dalam masa terdekat ini, khususnya sewaktu musim cuti kelak.

Permintaan untuk kad-kad grafik ini dijangka akan meningkat pada waktu tersebut, dan ia akan berlarutan untuk beberapa bulan pada tahun hadapan.

Untuk pasaran tempatan, bekalan kad grafik nampaknya banyak dijual melalui set komputer lengkap sahaja, dan ini menyukarkan orang ramai yang hanya ingin menaiktarafkan kad grafik mereka.

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 dijangka akan dilancarkan sekitar 29 Oktober kelak, dan kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 dan GeForce RTX 3090 sudahpun tiba di pasaran melalui jenama pembangun komponen komputer terkenal.



TIPS & ULASAN