Oppo Enco W51 True Wireless Headphones Juga Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Oppo Enco W51 True Wireless Headphones Juga Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

Ketika pelancaran Oppo A93 sebentar tadi, pihak Oppo Malaysia turut mengesahkan bahawa mereka bakal membawa masuk satu lagi aksesori audio terbaru ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Dikenali sebagai Oppo Enco W51 True Wireless Headphones, set fon telinga nirwayar ini hadir dengan jenis fon dalam telinga bertangkai dan dilengkapi sistem pembatalan hingar hibrid yang aktif. Selain itu, ia juga dikatakan menggunakan tiga mikrofon untuk pengurangan bunyi ketika proses panggilan dibuat.

Bagaimanapun, Oppo Malaysia dilihat hanya sekadar mengacah kehadiran fon telinga ini semata-mata tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut mengenainya- termasuk berkaitan tarikh pelancarannya. Untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya daripada Oppo Malaysia kelak.



TIPS & ULASAN