Xiaomi Mi 10T Turut Dilancarkan Di Malaysia – Harga Hanya RM1,699

Xiaomi Mi 10T Turut Dilancarkan Di Malaysia – Harga Hanya RM1,699

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

Hari ini Xiaomi telah melancarkan peranti mercu terbaru siri Mi 10, iaitu siri Mi 10T di Malaysia. Ia adalah pengganti kepada siri Mi 9T tahun lepas, yang mana menggunakan rekaan tersendiri. Peranti ini memfokuskan kepada keseimbangan dari skrin, prestasi dan juga kamera. Perbezaan dengan Mi 10T Pro hanyalah pada kamera, yang mana Mi 10T menggunakan 64MP dan bukannya 108MP.

Harga jualan tempatan adalah RM1,699 untuk Mi 10T 8/128 GB. Ini adalah harga yang sangat kompetitif, yang mana mempunyai nilai lebih baik berbanding OnePlus Nord atau Poco F2 Pro. Harga serendah ini untuk sebuah peranti mercu adalah satu peluang yang jarang untuk kita peroleh.

Mi 10T menggunakan skrin LCD bersaiz 6.67-inci, FHD+, menyokong paparan HDR10+ serta mempunyai sokongan kadar segar semula 144Hz. Dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865 sahaja, bukannya Snapdragon 865+ dan dipadankan dengan memori 8GB RAM LPDDR5 serta storan dalaman 128GB UFS 3.1 untuk Mi 10T dan pilihan storan sehingga 256GB untuk Mi 10T Pro.

Untuk kamera pula, ia menggunakan kamera utama 64+13+5 Megapixel dan kamera swafoto 20 Megapixel. Pembesar suara adalah jenis stereo dengan pengiktirafan Hi-Fi, bateri 5000mAh dengan sistem pengecasan pantas 33W yang pengecasnya disediakan dalam kotak. Rangkaian 5G turut ada, kekal dengan sensor infra merah, serta tiada port bicu audio 3.5mm.



TIPS & ULASAN