G Suite hari ini telah dijenamakan semula kepada nama baru Google Workspace. Penamaan semula ini dilakukan bagi mengukuhkan lagi identitinya sebagai perkhidmatan yang digunakan di pejabat. Serentak dengan penamaan semula, logo kesemua perkhidmatan di bawah Google Workspace turut dilakukan.

Logo untuk Gmail, Drive, Calendar, Meet, Docs, Sheets, dan Slides slide dikemaskini untuk kelihatan lebih seragam. Ciri baharu yang diperkenalkan pula ialah sokongan Google Meet di dalam Docs, Sheet dan Slides. Pengguna juga boleh melakukan kolaborasi menghasilkan dokumen Docs, Sheets dan Slide dengan pengguna Chat. Dengan pengintegrasian pelbagai perkhidmatan di dalam satu sama lain, proses bekerja dari jarak jauh yang kini menjadi norma baharu akan dapat dilakukan lebih mudah.