Cari @ Amanz

Instagram kini menyambut ulang-tahun ke-10 sejak aplikasi mereka diperkenalkan, dan selari dengannya Instagram kini menyertakan pilihan untuk pengguna mengubah ikon aplikasi mereka kepada ikon klasik.

Untuk mengubah ke ikon aplikasi klasik, anda hanya perlu ke halaman tetapan di Instagram, dan seterusnya menarik (scroll) ke bawah. Anda akan diperlihatkan dengan beberapa emoji, sebelum pilihan ikon diperlihatkan.

Seterusnya, anda boleh memilih ikon yang anda inginkan, dan ia akan digunakan sebagai ikon aplikasi Instagram anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd