Google Camera Go Kini Menyokong Mod Malam – Khusus Untuk Peranti Kelas Permulaan

Google Camera Go Kini Menyokong Mod Malam – Khusus Untuk Peranti Kelas Permulaan

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

Google Camera adalah aplikasi kamera dari Google yang cukup terkenal. Aplikasi ini mula popular selepas pelancaran Google Pixel 2, yang mana ramai pembangun bebas hadir dengan versi modifikasi untuk peranti bukan Pixel. Pada bulan Mac lepas, Google hadir dengan Google Camera Go pula yang mana memfokuskan kepada peranti kelas permulaan dengan sokongan lebih kurang sama dengan peranti mercu.

Peranti kelas permulaan kelak akan mempunyai sokongan kamera yang lebih hebat. Ini kerana, Google telah mengemaskini aplikasi ini dengan sokongan mod malam dan juga HDR. Berbeza dengan Night Sight pada peranti mercu Pixel, versi pada kamer versi Go ini masih lagi terhad. Ia akan mengambil beberapa gambar serentak dan menggabungkannya menjadi lebih terang. Secara tidak langsung akan mengurangkan hingar dan peranti kelas permulaan akan mempunyai kamera yang cantik.

Aplikasi ini diperkenalkan kepada peranti Nokia 1.3 terlebih dahulu dan terhad kepada 27 negara. Peranti Android Go yang sudah ada aplikasi Google Camera Go ia akan dikemaskini melalui Play Store tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN