Realme 7i merupakan salah satu telefon pintar terbaru dibawah siri Realme 7, dan telah dilancarkan pada bulan September lepas. Menariknya, kini Realme Malaysia turut telah mengumumkan ia bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Realme 7i menggunakan skrin 6.5-inci IPS LCD, dijana cip Snapdragon 662, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 128GB.

Melengkapkan ia adalah bateri sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W, selain kamera utama dibelakang 64-megapixel, serta kamera swafoto 16-megapixel.
Realme menjadualkan acara pengenalannya pada 13 Oktober 2020 ini, dimana kita akan mendengar tarikh penawaran dan harga jualannya kelak.