Cari @ Amanz

Maybank sebentar tadi mengumumkan beberapa perkhidmatan mereka akan tergendala di antara jam 11:30 – 11:59 malam pada 9 Oktober ini. Perkhidmatan yang terganggu adalah;

  • Laman Maybank2u & pembayaran atas talian
  • Aplikasi Maybank2u
  • Aplikasi Maybank Wealth
  • Pembayaran FPX
  • Maybank QR Pay
  • IVR
  • Transaksi kad debit
  • Mesin ATM
  • Mesin Smart Recycler Machine (SRM)
  • Mesin deposit cek

Tiada sebab diberikan tetapi kemungkinan besar adalah untuk tujuan selenggara sebelum berlakunya jualan atas talian 10 Oktober kelak. Pelanggan disarankan melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku dan pihak Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd