Penganalisa : Microsoft Mungkin Membeli Nokia Pada 2021

Penganalisa : Microsoft Mungkin Membeli Nokia Pada 2021

Diterbitkan pada Okt 6, 2020 oleh .

Penganalisa sering hadir dengan sejumlah ramalan berdasarkan data-data semasa. Terbaru, CCS Insight membuat ramalan mengatakan Nokia mungkin dibeli oleh salah satu syarikat gergasi Amerika Syarikat pada 2021 kelak – berkemungkinan antara Microsoft atau Intel.

Seperti ramai sedia maklum, Microsoft sebelum ini telah mengambil-alih bahagian perniagaan peranti mudah-alih Nokia pada 2013 yang lepas, dan menutupnya selepas dua tahun. Apa pun, menurut penganalisa ini, Nokia dikatakan akan diambil-alih secara menyeluruh – terutamanya memfokuskan kepada perniagaan rangkaian mereka.

Ia diperkatakan dengan kerajaan Amerika Syarikat yang mula melakukan halangan dagangan terhadap China, ia mungkin menarik minat syarikat Amerika untuk mempunyai perniagaan rangkaian mereka tersendiri – dan membuatkan Nokia diambil-alih.

Microsoft sendiri diperkatakan telah mula mengambil-alih beberapa syarikat berkaitan rangkaian mudah-alih akhir-akhir ini.

Seperti ramai sedia maklum, pelbagai gergasi internet kini melihat untuk penawaran perkhidmatan rangkaian mereka tersendiri dalam membolehkan mencapai pengguna dengan lebih mudah. Malah, perkembangan arena peranti berhubung dan 5G, kelebihan mempunyai perniagaan rangkaian adalah sesuatu yang dilihat ramai pihak akhir-akhir ini.

Jadi, adakah kita akan melihat Microsoft mengambil-alih Nokia lagi sekali, atau ia sekadar spekulasi berdasarkan data-data semasa sahaja?



TIPS & ULASAN