InvestEGGator Dengan GPS Menentang Penyeludupan Telur Penyu Di Costa Rica

InvestEGGator Dengan GPS Menentang Penyeludupan Telur Penyu Di Costa Rica

Diterbitkan pada Okt 7, 2020 oleh .

Penyeludupan telur penyu menyumbang kepada kepupusan spesis penyu di Consta Rica. Seperti di Malaysia, masih terdapat peminat telur penyu walaupun ia telah diwartakan haram didagangkan oleh kerajaan. Untuk memastikan kelangsungan spesis, teknologi perlu digunakan bagi membanteras aktiviti penyeludupan.

Di Costa Rica jawapan kepada isu kritikan ini ialah InvestEGGator – sebiji telur penyu buatan manusia yang dilengkapi cip GPS. Telur cetakan 3D ini diletakkan di dalam sarang penyu bertelur di kawasan panas penyeludupan. Ia dihasilkan oleh University of Kent untuk badan perlindungan haiwan Paso Pacifico.

Hasil kajian mendapatkan majoriti telur yang dicuri kemudiannya dijual di kawasan berhampiran. Data ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk menumpukan kempen kesedaran ke kawasan telur penyu masih dijual. Hanya dengan kempen kesedaran di kalangan generasi baharu, tradisi memakan telur penyu dapat dihentikan sekaligus mengurangkan risiko ke atas populasinya.



TIPS & ULASAN