Carian
Samsung Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Telefon Menggunakan Skrin Boleh-Gulung Pada 2021
October 7, 2020 Aman

Samsung pada hari ini telah sedia hadir dengan penawaran telefon menggunakan skrin boleh-lipat, dan menjualnya kepada umum. Menariknya, kini hadir laporan mengatakan Samsung turut sedang melihat untuk hadir dengan telefon pintar menggunakan skrin boleh-gulung.

Dengan rekaan skrin boleh-gulung, ia dijangka membawa kepada rekabentuk telefon pintar yang lebih unik dan kompak – dan tidak begitu bosan seperti pada hari ini.

Samsung sedia memfailkan sejumlah paten berkenaan dengan penggunaan skrin boleh-gulung sebelum ini.

Selain Samsung, beberapa pihak lain turut sedang melihat kepada penawaran sama – termasuk LG. LG sebelum ini sedia memperkenalkan televisyen dengan skrin boleh-gulung, selain turut diperkatakan bakal hadir dengan telefon menggunakan skrin boleh-gulung.

Komen