Cari @ Amanz

Ciri Stories telah menjadi popular sejak setahun dua ini, dimana ia telah diintegrasikan pada sejumlah besar perkhidmatan sosial. Terbaru, Google turut menambah sokongan Stories pada perkhidmatan aplikasi carian mereka di Android dan iOS.

Untuk makluman, Google menawarkan aplikasi carian yang sering memaparkan sejumlah artikel yang menarik minat pengguna pada halaman utamanya. Dengan integrasi Stories, ia memudahkan lagi pengguna untuk mengikuti sesuatu artikel dalam bentuk visual yang ringkas dan kompak.

Google sebelum ini telah bereksperimen dengan ciri ini melalui apa yang dinamakan AMP Stories, dan kini dijenamakan sebagai Web Stories.

Buat masa ini, ciri Stories ini ditawarkan secara terhad di Amerika Syarikat, india dan Brazil. Sekiranya semuanya berjalan, Google menyasarkan untuk memperluaskan penawaran sama ke negara-negara lain secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd