Vaksin Covid-19 Mungkin Siap Menjelang Penghujung 2020

Vaksin Covid-19 Mungkin Siap Menjelang Penghujung 2020

Diterbitkan pada Okt 7, 2020 oleh .

Semalam ialah hari terburuk dalam sejak penyebaran wabak Covid-19 di Malaysia dengan peningkatan 632 kes baru. Dua kluster besar di Kedah dan Sabah menyumbang kepada peningkatan ini sehingga terdapat kegusaran PKP yang diperketat akan dilaksanakan semula seluruh negara. Tetapi semalam juga sedikit sinar di hujung terowong mula kelihatan dalam perang menentang Covid-19.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan vaksin Covid-19 mungkin akan siap menjelang penghujung tahun ini. Sebanyak sembilan vaksin sedang dibangunkan serentak di bawah inisiatif COVAX WHO. Sekiranya ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan kejayaan, 2 bilion dos vaksin dipercayai boleh dihasilkan pada tahun 2021.



TIPS & ULASAN