Samsung Galaxy S21 Akan Menggunakan Bateri Keluaran China

Samsung Galaxy S21 Akan Menggunakan Bateri Keluaran China

Diterbitkan pada Okt 7, 2020 oleh .

Secara logiknya peranti keluaran Samsung akan menggunakan skrin, memori, storan, pemproses, sensor kamera dan bateri keluaran sendiri bagi mengurangkan kos. Samsung sebagai kuasa besar teknologi yang mempunyai kemampuan ini. Tetapi sejak akhir-akhir ini mereka mula mengambil komponen dari pihak ketiga untuk mengurangkan kos.

Menurut laporan The Elec, Samsung Galaxy S21 kelak akan menggunakan bateri yang dikeluarkan oleh Amperex Technology Limited yang berpangkalan di China. Ini merupakan kali kedua Amperex dilantik sebagai pembekal selepas menghasilkan bateri untuk S9.

Sebelum ini Amperex diberikan kepercayaan untuk membekalkan bateri untuk siri Galaxy M dan Galaxy A. Bateri mereka melepasi piawaian Samsung untuk digunakan pada peranti mercu. Tiga bateri yang dibekalkan akan mempunyai kapasiti 4000, 4800 dan 5000 mAh.

Samsung SDI masih akan membekalkan bateri untuk S21 kerana ini sekadar langkah meningkatkan sumber bateri oleh Samsung. Amperex pada waktu ini ialah pengeluar bateri telefon pintar ketiga terbesar di dunia di belakang Samsung SDI dan LG Chem.



TIPS & ULASAN