Semalam Instagram menyambut ulang tahun ke-10 aplikasi mereka dengan membenarkan pengguna memilih ikon klasik yang kelihatan seperti sebuah kamera Polaroid. Hari ini mereka memperlihatkan pula rekaan bahagian logo mereka buat pertama kali.

Rekaan bahagian belakang ini menunjukkan pelbagai ciri retro seperti viewfinder, tombol menggerakkan bingkai kamera, laras membuka ruang simpanan filem dan berapa jumlah dedahan filem yang telah dilakukan. Bagi golongan muda ini ialah antara ciri kamera filem analog yang mereka tidak pernah gunakan di dunia sebenar.