Jam Tangan G-Shock Edisi Bruce Lee Berjaya Dilelong Di Malaysia Pada Harga RM 48,888

Jam Tangan G-Shock Edisi Bruce Lee Berjaya Dilelong Di Malaysia Pada Harga RM 48,888

Diterbitkan pada Okt 7, 2020 oleh .

Bruce Lee ialah legenda filem 70an yang masih mempunyai peminat sehingga ke hari ini kerana mengubah dunia seni mempertahankan diri. Ramai berpendapat beliau antara pencipta awal seni MMA yang kini amat popular seperti UFC dan Bellator. Di Malaysia, jam tangan Casio G-Shock MR-G x Bruce Lee telah berjaya dilelong pada harga yang tinggi.

Lelongan dilakukan oleh Cortina Watch pada Ogos lalu. Encik Teoh Ginn Liang, seorang pengumpul jam menjadi pemilik edisi terhad ini dengan bidan RM 48,888. Wang bidaan ini akan diberikan kepada Pertubuhan Penganut Bodkhiksetra Vihara yang merupakan sebuah NGO yang membantu anak yatim, warga tua dan individu dengan kelainan fizikal serta mental.

Casio G-Shock MR-G x Bruce Lee telah dihasilkan sempena ulang tahun mendiang Bruce Lee yang ke 80. Hanya 300 utas dihasilkan dan dijual di seluruh dunia. Ia hadir dalam warna hitam dan kuning yang sinonim dengan kostum yang dipakai Bruce Lee di dalam filem Game of Death. Muka jam menggunakan warna kuning dan merah bersempena warna rasmi Jeet Kune Do yang merupakan seni bela diri ciptaan beliau.



TIPS & ULASAN