Fungsi Beta YouTube Kini Hanya Boleh Diuji Oleh Pengguna YouTube Premium Sahaja

Fungsi Beta YouTube Kini Hanya Boleh Diuji Oleh Pengguna YouTube Premium Sahaja

Diterbitkan pada Okt 7, 2020 oleh .

YouTube adalah produk dari Google dan Google kerap menguji fungsi dan ciri baru pada produk-produk mereka melalui ujian A/B atau beta. Fungsi-fungsi seperti tab Explore, bahagian komen baharu serta bab-bab video semuanya bermula dengan ujian sebelum diedarkan kepada orang ramai.

Ujian beta baru sekarang adalah carian berasaskan suara pada versi web, fungsi menonton video khusus untuk iOS serta kemampuan membuat tapisan menggunakan bahasa lain pula.

Terkini, ujian beta hanya terhad kepada pengguna YouTube Premium sahaja dan pengguna yang menggunakan akaun percuma tidak lagi dapat menguji fungsi dan ciri beta. Mungkin YouTube sedar yang pengguna Premium mungkin lebih aktif.



TIPS & ULASAN