Cari @ Amanz

Kebelakangan ini, terdapat pelbagai akaun-akaun media sosial yang memparodikan akaun-akaun media sosial yang sahih seperti Bernama, JAKIM, Astro Awani dan sebagainya.

Terkini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengesahkan bahawa pihak-pihak yang terkesan akibat akaun-akaun parodi ini boleh mengambil tindakan sivil seperti menyaman mereka jika didapati bahawa akaun parodi tersebut mengelirukan orang ramai, ataupun menyebabkan salah faham terhadap pemilik akaun rasmi.

Akaun-akaun parodi tersebut sukar untuk ditutup kerana platform-platform yang digunakan, seperti Twitter dan Facebook terletak di luar negara, dan meminta bantuan mereka untuk menutup akaun-akaun tertentu ini adalah sukar.

Walaupun begitu, Twitter telah menggantung sebuah akaun parodi di Twitter yang dikatakan menyamar sebagai akaun JAKIM baru-baru ini kerana menyebarkan berita palsu.

Twitter sebagai platform media sosial yang besar mempunyai undang-undang mereka sendiri mengenai akaun parodi, dan tidak akan menutup akaun-akaun tersebut sewenang-wenangnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd