Industri Pembuatan Peranti Di India Dijangka Akan Meningkat Ke $143 Bilion Dalam 5 Tahun

Industri Pembuatan Peranti Di India Dijangka Akan Meningkat Ke $143 Bilion Dalam 5 Tahun

Diterbitkan pada Okt 7, 2020 oleh .

Dengan perang dagangan antara kerajaan Amerika Syarikat dan China nampaknya tidak akan berakhir bila-bila masa lagi, syarikat-syarikat pembekal komponen peranti terkemuka semuanya sudahpun mula mencari jalan keluar daripada pergaduhan tersebut.

Kerajaan India, melalui Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat mereka baru-baru ini telah mengumumkan bahawa tiga syarikat pembangun komponen besar – Samsung, Foxxcon, Wistron dan Pegatron akan mula membangunkan komponen-komponen dan peranti di India bermula tahun ini.

Ini selepas ketiga-tiga syarikat tersebut disahkan akan menerima insentif 4-6 peratus untuk setiap penjualan peranti yang dibangunkan di India. Kesemua syarikat-syarikat ini dijangka akan membangunkan peranti pintar dan elektronik bernilai $143 bilion dalam masa lima tahun, membuatkannya diantara negara pembangun peranti terbesar di dunia.

Dalam pada itu, ia dijangka bahawa 60 peratus daripada peranti-peranti yang dibangunkan di India ini akan dijual ke pasaran antarabangsa.

Kerajaan India juga menjangkakan bahawa dengan kehadiran empat syarikat ini di negara tersebut, ia akan membantu menjana ekonomi tempatan dengan 200,000 kerja baru secara langsung, dan 600,000 kerja baru secara tidak langsung dalam jangka-masa tersebut.



TIPS & ULASAN