Realme Smart TV SLED 4K 55″ Juga Rasmi – Dilancarkan Seiring Realme 100W Soundbar

Realme Smart TV SLED 4K 55″ Juga Rasmi – Dilancarkan Seiring Realme 100W Soundbar

Diterbitkan pada Okt 7, 2020 oleh .

Realme dilihat semakin rancak menawarkan produk baharu buat pengguna. Selain Realme Buds Wireless Pro dan Realme Buds Air Pro, Realme Smart TV SLED 4K 55″ kini turut diperkenalkan secara rasmi. Lebih menariknya lagi, ia dilancarkan seiring dengan Realme 100W Soundbar yang dilihat berjaya melengkapkan lagi pakej itu.

Realme Smart TV SLED 4K 55″ hadir dengan paparan sinematik yang menawarkan resolusi tinggi 4K Ultra HD. Ia menggunakan panel SLED 55-inci (3840 x 2160 piksel) dengan nisbah skrin-ke-badan mencecah 94.6%. Ia juga dikatakan menggunakan lampu latar belakang dengan kombinasi warna RGB dan bukannya lampu belakang biru biasa. Pada masa sama, paparan ini turut dilengkapi sokongan gamut warna NTSC sehingga 108%, HDR10+, HDR10, HLG dan pensijilan TUV Rheinland.

Untuk dalaman, televisyen ini dijana dengan cip pemproses empat-teras MediaTek 64-bit (4x Cortex-A55 CPU @ 1.2GHz) yang dipadankan dengan GPU Mali-470 MP3 dan 16GB storan dalaman. Kemudian, sistem audionya menggunakan empat pembesar suara 24W dengan sokongan teknologi Dobly Atmos. Difahamkan juga, televisyen ini menjalankan versi Android 9.0 dan dilengkapi dengan sokongan untuk Google Assistant serta tujuh mod paparan berbeza.

Bergerak ke Realme 100W Soundbar, ia dilengkapi empat pembesar suara 15W dan juga mempunyai subwoofer 40W untuk pengalaman audio lebih sinematik. Untuk penawaran harga, Realme Smart SLED TV 4K dijual pada berharga INR 42,999 (~RM2,437) , manakala Realme 100W Soundbar pula dijual pada INR 6,999 (~RM397).



TIPS & ULASAN