Cari @ Amanz

(Ura-Ura) Qualcomm Mungkin Membangunkan Telefon Permua Mereka Tersendiri

Oleh Aman

Link Copied!

Qualcomm pada hari ini sedia popular dengan penawaran cip pemprosesan mereka yang digunakan pelbagai pengeluar peranti mudah-alih. Sejumlah variasi cip pemprosesan ditawarkan – daripada spesifikasi asas, sehinggalah kepada yang berkuasa tinggi.

Terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan Qualcomm mungkin membangunkan telefon pintar berjenama mereka tersendiri dan memfokuskan kepada permainan mudah-alih. Untuk tujuan berkenaan, Qualcomm dikatakan mungkin turut bekerjasama dan berkongsi kepakaran pihak Asus.

Ia dikatakan Asus mungkin membuat rekaan dan pengeluaran peranti berkenaan – sementara Qualcomm hadir dengan rekaan industri serta pengoptimasian perisian untuk cip mercu terbaru mereka pada peranti mudah-alih berkenaan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat desas-desus awal. Sama-sama kita nantikan sama ada benar atau tidak Qualcomm hadir dengan telefon permua mereka tersendiri.


Komen ()