CRISPR ialah teknologi suntingan gen yang dilihat sebagai penemuan terbesar dalam sejarah sains. Menerusinya pelbagai penyakit yang diturunkan dari ibu bapa ke anak dapat “digunting” dari DNA. Penyakit seperti anemia sel sabit dan beta talasemia dapat dihapuskan. Ia turut kini digunakan untuk merawat penyakit kanser yang meragut jutaan nyawa.
Kerana kepentingan CRISPR/Cas9 kepada dunia sains, Hadiah Nobel Kimia tahun 2020 telah dianugerahkan kepada dua penciptanya iaitu Emmanuelle Charpentier dan Jennifer Doudna. Walaupun teknik suntingan gen CRISPR baru sahaja dicipta oleh mereka pada tahun 2012, impaknya ke atas sains biologi, biokimia dan biologi sel adalah besar.
Saintis boleh memotong gen dari DNA bagi memahami fungsinya dalam tubuh. Tanaman boleh disunting supaya mampu menhharungi perubahan iklim mendatang. Tetapi pada waktu yang sama, CRISPR juga telah menimbulkan kontroversi apabila seorang bayi suntingan gen telah dilahirkan di China dengan kemampuan imun kepada virus HIV. Saintis masih belum benar-benar memahami impak jangka panjang yang akan berlaku selepas gen disunting