Cari @ Amanz

Kami yakin ramai di kalangan pembaca Amanz mempunyai akaun dan bergantung kepada perkhidmatan Google. Dengan satu Gmail, pelbagai perkhidmatan boleh diakses yang juga menimbulkan risiko kesemuanya terjejas sekiranya maklumat log masuk tertiris. Oleh itu bermula hari ini Google memperkenalkan sistem notifikasi baharu yang akan memberitahu pengguna keselamatan akaun mereka terjejas terus dari dalam aplikasi.

Apabila menggunakan aplikasi Google, sebuah logo tanda seruan berwarna merah akan terpapar pada ikon akaun. Kerana logo akaun ini diselaraskan pada kesemua aplikasi mereka, pengguna akan dapat melihatkan dengan mudah berbanding dengan sistem penghantaran emel seperti yang digunakan sekarang. Kerana amaran diberikan terus dari dalam aplikasi yang dibuka, masalah emel amaran keselamatan palsu menerusi teknik spoofing juga dapat diselesaikan.

Turut diperkenalkan ialah Guest Mode apabila menggunakan Google Assistant. Apabila diaktifkan, kesemua arahan yang diberikan tidak akan direkodkan pada akaun peribadi. Kesemua ciri yang diumumkan akan diberikan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd