Anda Tidak Perlu Lagi Menyunting Gambar Sekiranya Menggunakan realme 7 Pro

Anda Tidak Perlu Lagi Menyunting Gambar Sekiranya Menggunakan realme 7 Pro

Diterbitkan pada Okt 12, 2020 oleh .

realme tahun ini dilihat sangat agresif dalam melancarkan pelbagai peranti pintar mereka, sehingga tidak terkira jumlah peranti yang sudah dilancarkan. Malah yang terbaru ini, mereka baru sahaja melancarkan beberapa telefon pintar terbaru dibawah siri 7, iaitu realme 7, realme 7 Pro dan juga realme 7i. Namun, pada kali ini kita akan mengetengahkan tentang realme 7 Pro terlebih dahulu.

Kita mulakan dahulu dengan penawaran rekaan untuk telefon pintar ini. realme 7 Pro membawakan rekaan bersaiz 6.4 inci Super AMOLED dengan nisbah skrin ke badan 90.8%. Paparannya juga hadir dengan resolusi 2400x1080p dengan kecerahan sehingga 600nits bersama 98% warna gamut NTSC.

Dari segi spesifikasinya pula, model realme 7 Pro ini menerima janaan cip Snapdragon 720G, bateri berkapasiti 4500mAh dan boleh mengecasnya menggunakan 65W SuperDart Charge. Memorinya pula adalah sebesar 8GB RAM dan dipadankan bersama storan dalaman 128GB. Kameranya hadir dengan gabungan 64MP untuk rakaman utama, 8MP untuk rakaman sudut ultra lebar sehingga 119 darjah, 2MP untuk rakaman portrait dan 2MP untuk lensa makro. Manakala untuk rakaman swafotonya pula dilengkapi dengan lensa 32MP yang juga menyokong untuk rakaman ultra lebar.

Seperti telefon-telefon pintar yang ada di pasaran sekarang, kebanyakkannya menyertakan pelbagai fungsi yang memfokuskan kepada keupayaan kamera. Keupayaan kamera realme 7 Pro ini juga tidak kurang hebatnya kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi penggambaran terbina. Antaranya adalah :

a. Rakaman Video Dengan Fungsi AI Color Portrait

Pernahkah anda melihat sesuatu gambar yang mana subjek utamanya mempunyai warna, namun pewarnaan di latar belakang gambar menjadi warna kelabu atau hitam putih? Jika dahulu, untuk menghasilkan gambar seperti ini memerlukan kepakaran dalam menyunting gambar dan mengambil sedikit masa untuk menghasilkannya. Ia menjadi lebih susah apabila ingin menghasilkan video seperti ini.

Namun, ia berbeza sekiranya anda merakamkan gambar dan video menggunakan telefon pintar realme 7 Pro. Ini adalah kerana ia dilengkapi dengan fungsi AI Color Portrait yang membolehkan anda menghasilkan rakaman subjek berwarna dengan berlatar belakangkan warna hitam putih secara lebih mudah dan cepat. 

Oleh itu, anda tidak perlu lagi membuang masa untuk menyunting video kerana dengan hanya satu butang, anda dapat menghasilkan video seperti yang diingini.

b. Pro Nightscape Mode

Sekiranya anda gemar menghasilkan penggambaran malam, telefon pintar ini sangat sesuai untuk digunakan. Ini kerana mod Pro Nightscape sangat membantu dalam menghasilkan penggambaran yang lebih jelas dan dapat menghasilkan jumlah pencahayaan yang cukup walaupun persekitaran anda adalah malap. 

Tambahan pula lensa 64MP yang merupakan lensa utama telefon pintar ini mempunyai kebolehan untuk menukarkan mod AI dan mod Pro dengan lebih mudah sekaligus memaksimumkan kebolehannya untuk menghasilkan rakaman yang lebih jelas.

c. Night Filters

Dengan menggunakan realme 7 Pro juga, anda tidak perlu risau lagi untuk merakam gambar pada waktu malam. Melalui bantuan pencahayaan sekeliling dan juga penuras terbina yang ada pada telefon pintar ini, anda boleh menghasilkan penggambaran malam yang lebih cantik dan menarik. Antara penuras yang ditawarkan adalah Cyberpunk, Flamingo, dan Modern Gold. Dengan hanya mengaktifkan kamera, anda hanya perlu memilih penuras yang anda inginkan dan ia sedia untuk dirakam.

d. Starry Mode

Penggambaran malam terutamanya rakaman bintang yang menyinar akan menjadi lebih cantik sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam menangkap gambar. Namun, dalam masa yang sama juga, ia memerlukan aksesori kamera tambahan untuk betul-betul menghasilkan penggambaran bintang yang cantik. Tetapi dengan realme 7 Pro, anda tidak perlu risau kerana kameranya menyertakan fungsi rakaman Starry Mode terbina. Dengan bantuan fungsi ini, anda dapat menghasilkan rakaman bintang yang lebih jelas dan cantik.

Kesimpulan

Jika kita lihat semula, sekiranya anda seorang yang sangat mementingkan fungsi kamera pada telefon pintar, realme 7 Pro ini adalah sesuai untuk anda. Hal ini adalah kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi penggambaran terbina yang memudahkan anda untuk menghasilkan rakaman yang cantik. Ini sekaligus menjadikan anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk menyunting gambar kerana fungsinya telahpun terbina pada realme 7 Pro.

Sekiranya anda ingin mempelajari pelbagai teknik penggambaran, realme Academy akan membantu anda dalam memberikan pelbagai tutorial dalam bentuk video pendek yang akan diterbitkan kelak di akaun YouTube realme Malaysia. Melalui video ini juga, realme akan mengetengahkan pelbagai tip penggambaran menggunakan telefon pintar terbaru mereka, dan salah satunya adalah realme 7 Pro. Di Malaysia, telefon pintar ini dipasarkan pada harga RM1499. Jadi sekiranya anda berminat, boleh dapatkannya melalui pengedar-pengedar rasmi realme di seluruh negara.

Layari: realme Academy Untuk Mempelajari Pelbagai Tutorial Menarik

Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia


TIPS & ULASAN