Aplikasi YouTube Android Akan Menggunakan Ikon-Ikon Baharu Untuk Dalam Aplikasi

Aplikasi YouTube Android Akan Menggunakan Ikon-Ikon Baharu Untuk Dalam Aplikasi

Diterbitkan pada Okt 8, 2020 oleh .

Jika anda perasan pada aplikasi YouTube di peranti iOS, ikonografi dalam aplikasi adalah berbeza. Ia lebih “tajam” seakan lukisan, iaitu rekaan outline. Rekaan ikon ini digunakan pada skrin utama YouTube, butang suka, butang kongsi, muat turun dan banyak lagi. Jujur kami katakan, rekaan ini adalah sedikit pelik dan menjengkelkan.

Usah gelisah pengguna iOS, kerana penggunaan ikonografi ini turut akan diedarkan kepada pengguna Android. Jadi kelak barulah ianya adil. Jelas sekali penggunaan ikon ini adalah untuk memudahkan peralihan antara tema terang ke tema gelap. Berbanding sebelum ini, ikonografi dalam aplikasi menggunakan warna kelabu untuk mod terang dan warna putih untuk mod gelap.

Rekaan ini akan diedarkan dalam kemaskini akan datang secara berperingkat. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN