Intel Mengesahkan Siri CPU Desktop Rocket Lake Akan Diperkenalkan Pada Awal 2021

Intel Mengesahkan Siri CPU Desktop Rocket Lake Akan Diperkenalkan Pada Awal 2021

Diterbitkan pada Okt 8, 2020 oleh .

Intel telah memperkenalkan siri cip pemprosesan komputer ke-11 mereka, Tiger Lake pada bulan lepas untuk siri komputer riba nipis dan ringan. Melalui sebuah pos di Medium, mereka mengesahkan bahawa siri CPU Rocket Lake untuk desktop pula akan diperkenalkan pada awal tahun 2021 kelak.

Tidak banyak yang diketahui mengenai siri cip pemprosesan tersebut pada masa ini, tetapi menurut kenyataan Intel sendiri, ia akan hadir dengan pilihan CPU sehingga 8 teras, kelajuan pemprosesan sehingga 5GHz dan akhirnya sokongan untuk teknologi penghantaran data PCIe 4.

Ia juga nampaknya sudah disahkan bahawa Rocket Lake adalah siri CPU yang dibina menggunakan proses 14nm terakhir sebelum mereka berpindah sepenuhnya ke proses 10nm sama yang digunakan untuk Tiger Lake.

Buat masa ini, butiran seperti jumlah pin, sokongan papan induk, penggunaan cip grafik dalaman dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Intel mengatakan bahawa mereka akan mengumumkan butiran-butiran tambahan di masa akan datang kelak.



TIPS & ULASAN