Antaramuka Persediaan Baru Windows 10 Diuji – Menanyakan Cara Penggunaan Komputer

Antaramuka Persediaan Baru Windows 10 Diuji – Menanyakan Cara Penggunaan Komputer

Diterbitkan pada Okt 8, 2020 oleh .

Jika anda seorang pengguna Windows Insider yang menerima kemaskini terbaru untuk sistem operasi Windows 10, Microsoft telah memperkenalkan satu ciri baru apabila anda memasang semula sistem operasi tersebut pada komputer anda.

Melalui kemaskini Preview Build 20231, apabila anda memasang sistem operasi Windows 10 pada komputer anda, ia akan menanyakan tujuan anda menggunakan komputer tersebut. Pilihan yang ada termasuklah untuk perniagaan, keluarga, riadah, sekolah, kreativiti dan juga gaming.

Buat masa ini ciri ini dikatakan tidak menampakkan apa-apa yang terlalu berbeza, tetapi di masa akan datang, pilihan anda membolehkan Microsoft mengetahui perisian-perisian apakah yang perlu difokuskan.

Jika anda memilih sekolah misalnya, perisian-perisian seperti Microsoft Office dan One Note mungkin akan tiba dengan ikon pintasan di bahagian desktop ataupun taskbar untuk memudahkan akses kepadanya.

Ciri ini akan tiba secara berperingkat untuk pengguna Windows Insider Program. Jika anda ingin memuat-turun ISO sistem operasi terbaru sekarang, anda boleh lakukannya di sini.



TIPS & ULASAN