Razer BlackWidow V3 dan V3 Tenkeyless Dilancarkan Dengan Harga Bermula RM490

Razer BlackWidow V3 dan V3 Tenkeyless Dilancarkan Dengan Harga Bermula RM490

Diterbitkan pada Okt 8, 2020 oleh .

Dua papan kekunci mekanikal Razer BlackWidow V3 dan BlackWidow V3 Tenkeyless telah dilancarkan hari ini. Kedua-dua papan kekunci ini hadir dengan pilihan suis Razer Green Mechanical yang berbunyi lantang atau suis Razer Yellow Mechanical yang senyap kerana dilengkapi peredam bunyi silikon.

Kesemua suis juga kini mempunyai tubuh lutcahaya yang membolehkan lampu LED Razer Chroma yang lebih terang dilihat pada kekunci. Bercakap mengenai kekunci, setiap butang butang kekunci diperbuat daripada bahan ABS berganda yang menurut Razer adalah lebih tahan lasak.

Selain itu pada BlackWidow V3 terdapat sistem kawalan media dalam bentuk roda berputar. Tempat meletakkan tangan tambahan disertakan untuk keselesaan ketika menaip dan juga tubuh diperbuat daripada aluminium yang tahan lasak.

BlackWidwo V3 Tenkeyless mempunyai spesifikasi yang sama cuma tiada butang nombor dan sistem kawalan roda berputar. Di Malaysia Razer BlackWidow V3 dijual pada harga RM699 manakal BlackWindowsV3 Tenkeyless pada harga RM490.



TIPS & ULASAN