Cari @ Amanz


Nokia 3.1 telah dilancarkan di Malaysia sekitar Mei 2018 pada tanda harga RM665 untuk seunit. Dalam perkembangan terkini, HMD Global telah mengesahkan bahawa kemas kini Android 10 telah mula ditawarkan secara berperingkat kepada para pengguna Nokia 3.1.

Nokia 3.1

Perkara ini turut sama disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Produk HMD Global iaitu Juho Sarvikas melalui salah satu entri di laman Twitter rasminya. Melalui kemaskini ini, pengguna boleh menikmati sejumlah fungsi menarik yang ditawarkan, termasuk mod gelap, ciri navigasi serba baharu dan banyak lagi. Bagaimanapun, kemaskini ini sebenarnya adalah sedikit lewat berbanding plan asal yang sepatutnya tiba pada suku kedua tahun ini.

Dalam perkembangan berbeza, terdapat pengguna bertanyakan, adakah kemaskini ini turut bakal tersedia untuk pengguna Nokia 5.1 dalam masa terdekat ini. Beliau dilihat seakan mengiyakan pertanyaan tersebut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd