Cari @ Amanz


Macpie Distribution sebelum ini telah mengesahkan bahawa Nokia 5.3 dan Nokia 2.4 bakal tiba di Malaysia. Bagaimanapun, tarikh dan harga penawarannya kekal menjadi rahsia. Sehinggalah dalam perkembangan terkini, Nokia 2.4 boleh didapati pada harga RM499, manakala Nokia 5.3 pula berharga RM799. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi dua saluran berbeza – kedai atas talian Macpie Asia ataupun kedai rasmi Nokia di Shopee.

Nokia 2.4 hadir dengan skrin 6.5-inci HD+, cip MediaTek Helio P22, memori sehingga 3GB RAM dan storan sehingga 64GB. Ia turut dilengkapi bateri bersaiz 4500mAh, kamera belakang gabungan 13-Megapixel + 2-Megapixel., selain kamera swafoto 5-Megapixel.

Manakala Nokia 5.3 pula hadir dengan skrin 6.55-inci FHD+ Pure Display, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan 10W, empat kamera belakang gabungan 13-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd