Cari @ Amanz

Slack adalah aplikasi yang terkenal sebagai satu aplikasi untuk para keluarga, sahabat atau rakan bekerja berhubung, berkongsi fail, membuat peringatan, dan banyak lagi. Ia adalah sejenis aplikasi pengurusan tugasan. Terdapat banyak pesaing untuk aplikasi ini dan masing-masing ada keunikan tersendiri.

Terkini, Slack akan menawarkan fungsi seakan Instagram Stories pada aplikasi mereka. Selain itu, mereka turut akan menambah sokongan push-to-talk. Melalui fungsi seakan IG Story ini, ia membenarkan rakan sekerja berkongsi status, menetapkan agenda harian serta cuba mengurangkan penggunaan panggilan video. Fungsi ini akan terbina di sebelah tab saluran dalam Slack. Menurut temu bual The Verge dan wakil Slack, fungsi ini adalah cara perkongsian status yang lebih berperikemanusiaan.

Fungsi push-to-talk pula, mereka sasarkan untuk para pekerja yang sentiasa bergantung antara satu sama dengan yang lain untuk komunikasi pantas. Buat masa ini, ia masih lagi berada di fasa prototaip. Tidak pasti lagi bila ia akan diperkenalkan, tetapi jika benar – adakah Slack mampu menghentikan panggilan video dan menggantikannya dengan fungsi Story?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd